Luahan Rasa :)

Thursday, June 21, 2012

TERUS CINTAI AKU - ALEYA ANEESA

hai..hai..hai....... 
aku kembali lagi untuk berkongsi cerita....
baiklah hari ni aku nak berkongsi pendapat tentang novel yang aku bace..
kira nye ni ade lah "review" novel aku yang pertama...
jadi maafkan saya jika tersalah.. 
ye la saye budak baru berlajar...
hehhehhehe :)...
jommmmmmmmm

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


TERUS CINTAI AKU - ALEYA ANEESA
HARGA BUKU - RM 23.00


"Sorry.. kita acah-acah ajelah. Awak cantik! Rambut awak pun cantik. Nanti kalau dah besar, kita nak kahwin dengan awak. kita janji. nanti awak dengan kita duduk atas pelamin macam tu. awak mesti tunggu kita. tau ?" - Khilfie

Kerana sebuah  janji NurZalis Najwa menjadi seorang pencinta yang setia.. Dia setia pada janji yang dilafazkan oleh Khilfie 16 tahun yang lepas. Kerana janji itu juga dia sering menolak cinta lelaki lain. Zalis sentiasa berharap bahawa satu hari nanti Khilfie akan pulang untuk mengotakan janji tersebut...

Selepas 16 tahun mereka ditemukan semula oleh takdir. tapi malangnya pertemuan tersebut menjadikan Zalis bertambah kecewa apabila mengetahui Khilfie telah memilih orang lain untuk dijadikan suri dihatinya... Zalis mengambil keputusan untukk menjauhkan diri. dia sedar bahawa dia seperti seekor pungguk yang rindukan bulan... dia memuja pada orang yang salah. 

Bagi khilfie pertemuan ini seperti mengimbas kembali peristiwa 16 tahun dahulu, dia teringat kembali kenangan yang telah dia lupakan setelah bertemu zalis. tetapi dia pelik, kenapa zalis seakan-akan melarikan diri darinya. ini telah membuatkan khilfie cuba mendapatkan penjelasan dari zalis... zalis seperti mahu melupakan dia. puas dia mencari jawapan tetapi tiada.

pelbagai cara telah zalis lakukan untuk mengelak dari berjumpa khilfie tetapi takdir Allah tak siapa yang boleh menolak kerana sebuah gambar dan sebaris ayat, rahsia yang selama ini zalis cuba simpan dari pengatahuan khilfie terbongkar... akhirnya khilfie mendapat jawapan kenapa zalis sering megelak berjumpa dengannya... kerana satu janji... janji yang dilafazkan oleh budak yang masih lagi mentah... 

kini khilfie tersepit diantara zalis (temannya sejak kecil) dan jaznita (tunangnya)... siapa yang harus dipilih... perlukah dia menginkari janji yang telah dilafazkan pada zalis.. perlukah dia melukakan hati jaznita wanita yang telah mencuri hatinya... pada siapakah sebenarnya hati khilfie.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

SINOPSIS :

Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... Memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.



 P/S  .....ok kalau korang nak tahu sambungannya kne la bace sendiri..  klo sume I cite kat sini nanti x suspen la kan..hehhehe..  ape lagi cepat2 la sambar novel nih ok.. :)




1 comment:

  1. wahhh .. baguss2 .. cepat update sambungan cete xsabar nak bace .. hehehe >_< .. chaaayookkk !!

    ReplyDelete